? ??????????????Fire Warp? ????? ?? ???Rating: 4.3 (74 Ratings)??2 Grabs Today. 12892 Total Grabs. ??????P
review?? | ??Get the Code?? ?? ???????????????????????????????????My Fire Inside? ????? ?? ???Rating: 3.7 (33 Ratings)??1 Grab Today. 34610 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the C BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Ahad, 6 Disember 2009

MELAWAT MUZIUM PADI



bagi setengah orang yang tidak tahu...inilah namanya MUZIUM PADI...inilah tempat yang kami sekeluarga lawati...

MUZIUM PADI( KEDAH )

Muzium Padi ialah sebuah muzium di Gunung Keriang, daerah Alor Star. Muzium ini menerangkan kegiatan penanaman and penuaian padi di negeri Kedah, yang juga dikenali sebagai "Jelapang Padi Malaysia" dan turut juga menjalankan penyelidikan ke atas tanaman padi.

Kegiatan kebudayaan seperti permainan kampung tradisi, membuat dan bermain layang-layang, serta permainan gasing juga dipertunjukkan kepada para pelawat.

Muzium padi ini terletak di bawah kelolaan Perbadanan Muzium Negeri Kedah, dan dibangunkan sebagai salah satu kawasan tarikan pelancong. Muzium ini terbahagi kepada 2 tingkat ruang pameran dan satu tingkat ke atas tempat lakaran pemandangan Bukit Keriang.


/.

inilah ahli keluargaku yang datang melawat ke muzium padi...hahaha...



inilah abg aku yang sulung bersama anak bongsunya berada di hadapan muzium padi...



antara suami isteri iaitu abg dan kakak ipar aku bersama kedua-dua orang anaknya...yang berada di dalam pameran lukisan yang dilukis oleh orang korea yang seramai 60 orang...hahahaha...hebat kan mereka..



antara suami isteri iaitu kakak dan abg ipaq aku yang baru 6 bulan mendapat cahaya mata pertama mereka...alhamdulillah...rezeki ALLAH....yang juga melawat muzium padi...


INILAH ANTARA MAKLUMAT YANG AKU DAPAT APABILA MELAWAT MUZIUM PADI

Sementara menantikan anak padi (semai) cukup tempoh matang, petani-petani akan terus menjalankan kerja-kerja membajak dan membersihkan petak-petak sawah. Kerja-kerja yang seringkali dilakukan oleh mereka ialah:

1. Menggala (Membajak) Sawah

Peralatan persawahan tradisional yang digunakan ialah tenggala. Biasanya tenggala ini dibuat daripada kayu-kayu terpilih yang senang dibentuk iaitu lazimnya kayu halban. Dalam menjalankan kerja-kerja ini selalunya tenaga kerbau digunakan tetapi ada ketikanya tenaga lembu digunakan. Biasanya kerja-kerja yang dijalankan dengan kuasa lembu memerlukan 2 ekor lembu kerana tenaga lembu tidak sekuat tenaga kerbau. Fungsi alat tenggala ini ialah untuk membalik-balikkan tanah sawah.

2. Menyisir (Sisir)

Setelah selesai kerja-kerja menggala (membajak), ketulan-ketulan tanah semasa menggala akan dibiarkan selama beberapa hari berendam air, bertujuan untuk melembutkannya. Untuk menghalus, merata dan memecahkan ketulan-ketulan tanah serta membersihkannya daripada rumput rampai, sejenis alat persawahan tradisional yang disebut sebagai penyisir atau sisir digunakan. Ada tiga jenis penyisir iaitu:

i.Penyisir Kayu
Penyisir ini dibuat daripada kayu cengal, halban atau kayu beruas dan mata atau giginya dibuat daripada batang pokok pinang atau pokok nibong yang diraut halus.
ii.Penyisir Besi
Penyisir ini berbentuk serupa dengan penyisir kayu. Ianya diperbuat daripada besi semuanya kecuali pemegangnya sahaja dibuat daripada kayu.
iii.Penyisir Kapar / Sisir Kapar
Penyisir ini berbentuk T. Ianya dibuat daripada kayu dan matanya daripada batang nibong atau pinang.




Menggala (Membajak Sawah)

Kerja-kerja mengggala (bajak) sawah sedang dilakukan oleh seorang petani dengan menggunakan tenggala yang ditarik oleh seekor kerbau.





Kerbau

Boleh dianggap sebagai jentera dalam proses membajak sawah. Ia akan bertindak sebagai penarik tenggala.


Sisir Besi

Peranan dan fungsinya seperti sisir kayu iaitu untuk menghalus, merata dan memecah ketulan-ketulan tanah serta membersihkannya daripada rumput rampai.






Sisir Kapar

Untuk menarik kapar di dalam petak sawah. Kebiasaannya, peralatan ini digunakan untuk menarik kapar di tempat-tempat yang tidak boleh dimasuki oleh kerbau. Tempat-tempat tersebut ialah kawasan dalam dan penjuru petak sawah. Sisir kapar lebih kecil daripada sisir besar. Selain membuang kapar ia juga dapat meratakan tanah sawah.


0 ulasan: